TERMA & SYARAT LESEN PENGGUNAAN PERIBADI

Terma & Syarat

(Personal License – Azwan Zuhairi Music Catalogue)

Terma dan syarat ini mengawal penggunaan semua komposisi, rakaman audio, album, single, kandungan bonus, nota komposer, dan bahan digital lain yang diterbitkan oleh Azwan Zuhairi melalui mana-mana platform termasuk azwanzuhairi.com. Dengan membeli, memuat turun, mengakses atau mendengar mana-mana karya, anda secara automatik dianggap telah bersetuju dengan keseluruhan polisi ini.

1. Pengenalan & Definisi

“Karya” merujuk kepada mana-mana lagu, album penuh, rakaman master, stems, instrumental, visual album cover, nota komposer, kandungan “behind the song” dan semua bahan berkaitan muzik yang dikeluarkan oleh Azwan Zuhairi.

“Pembeli” merujuk kepada mana-mana individu yang membeli atau menerima akses kepada karya melalui saluran rasmi.

“Lesen Peribadi / Personal License” bermaksud hak mendengar untuk kegunaan peribadi sahaja tanpa tujuan pengedaran, komersial, produksi video atau penyiaran.

Polisi ini diwujudkan untuk melindungi integriti, nilai eksklusif dan hak cipta karya muzik Azwan Zuhairi.

2. Skop Lesen Peribadi (Hak Yang Dibenarkan)

Dengan membeli album atau lagu secara rasmi, pembeli diberikan hak berikut:

2.1 Hak Mendengar Untuk Diri Sendiri

Pembeli dibenarkan untuk:

  • Mendengar lagu bagi tujuan hiburan peribadi.

  • Menikmati karya di mana-mana peranti milik sendiri (telefon, laptop, tablet, kereta, pemain audio).

  • Menyimpan satu atau lebih salinan fail hanya untuk penggunaan sendiri.

2.2 Hak Penyimpanan Selamat

Pembeli boleh menyimpan fail muzik bagi tujuan arkib dan koleksi peribadi.

2.3 Hak Mendengar Tanpa Had Masa

Lesen ini adalah lesen berterusan (lifetime personal license) dengan syarat pembeli tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah.

PENTING: Lesen ini bukan pemindahan hak cipta. Hak cipta penuh kekal milik Azwan Zuhairi.

3. Perkara Yang Tidak Dibolehkan Tanpa Kebenaran

Lesen ini sangat spesifik — ia hanya untuk mendengar. Semua penggunaan lain memerlukan lesen berasingan.

Pembeli TIDAK DIBENARKAN untuk melakukan perkara berikut tanpa kebenaran bertulis:

3.1 Larangan Penggunaan Dalam Projek atau Media

Tidak dibenarkan:

  • Menggunakan lagu dalam video TikTok, reels IG, YouTube, FB, Snapchat, atau Shorts atau mana-mana di platform media sosial dan internet.

  • Menggunakan lagu dalam filem, telemovie, drama bersiri, dokumentari, iklan TV, radio, atau produksi streaming.

  • Menggunakan lagu dalam game, aplikasi, produk digital, slideshow, event corporate, wedding montage, presentation atau apa-apa bentuk projek kreatif.

3.2 Larangan Distribusi Semula

Tidak dibenarkan:

  • Mengupload lagu ke mana-mana platform muzik (Spotify, Apple Music, Joox, SoundCloud) atau mana-mana platform internet termasuk filesharing.

  • Mengedarkan lagu kepada orang lain melalui WhatsApp, Telegram, AirDrop, Google Drive atau mana-mana platform perkongsian.

  • Menjual semula atau menyertakan lagu dalam bundle produk lain (ebook, e.t.c).

3.3 Larangan Pengubahan

Tidak dibenarkan untuk:

  • Memotong, edit, remix, re-arrange, memperlahan atau mempercepat lagu.

  • Menambah vokal, rap, instrumen baru atau menjadikan lagu sebagai "sample" dalam penghasilan muzik lain.

  • Menjana versi AI menggunakan melodi atau karakter lagu asal.

3.4 Larangan Penggunaan Dalam Tujuan Keuntungan

Tidak dibenarkan:

  • Menggunakan lagu untuk menjana pendapatan secara langsung atau tidak langsung.

  • Menjadikan lagu latar dalam video yang menerima monetization.

4. Hak & Pemilikan Karya

Semua karya adalah hak milik eksklusif Azwan Zuhairi. Ini merangkumi:

  • Hak cipta komposisi (melodi & struktur lagu)

  • Hak cipta rakaman master

  • Hak cipta grafik cover album

  • Hak moral (moral rights)

  • Hak naratif seperti “behind the song”, “composer notes”, dan dokumentasi sejarah lagu

  • Hak terhadap kandungan tambahan (bonus materials)

Pembeli tidak mempunyai hak untuk menuntut royalti, kredit atau sebarang bentuk pengiktirafan sebagai pemilik bersama.

5. Pembatalan Lesen & Tindakan Undang-Undang

Azwan Zuhairi berhak menarik balik lesen serta-merta jika:

  • Pembeli melanggar mana-mana larangan di atas.

  • Fail didapati bocor atau tersebar kepada pihak ketiga.

  • Lagu disalahgunakan untuk tujuan komersial atau media tanpa izin.

Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Akta Hak Cipta Malaysia 1987 termasuk:

  • Tuntutan ganti rugi.

  • Penalti undang-undang.

  • Arahan ganti rugi statutory.

  • Notis “Cease & Desist”.

  • Membuang akses pembeli daripada platform rasmi.

6. Bayaran Lesen Tambahan (Lesen Komersial)

Sebarang penggunaan di luar kegunaan peribadi memerlukan lesen berasingan seperti:

  • Lesen Komersial Standard (YouTube monetized, TikTok, FB Ads).

  • Lesen Filem & Drama.

  • Lesen Iklan TV / Media.

  • Lesen Eksklusif Penuh (Exclusive Master Rights) — termasuk tawaran jutaan ringgit.

Pembeli boleh menghubungi pihak admin untuk mendapatkan quotation rasmi bergantung kepada skala projek.

7. Polisi Refund & Pertukaran

Disebabkan produk adalah berbentuk digital, semua jualan adalah muktamad (no refund).
Refund hanya dipertimbangkan jika berlaku kegagalan teknikal daripada azwanzuhairi.com

8. Penafian

  • Kualiti audio mungkin berbeza mengikut peranti dan pemain.

  • Azwan Zuhairi tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan fail akibat kecuaian pengguna.

  • Pembeli disaran membuat backup.

9. Hubungi Untuk Urusan Lesen

Bagi pertanyaan profesional atau urusan lesen komersial:

📩 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
🌐azwanzuhairi.com

Disclaimer: TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Canva or is a Registered Trademark of Canva.com. APPSNIAGA NETWORK is not affiliated with TikTok.com, Canva.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners

Terms & Conditions: All access can be given in our private Membership System. Please login and check your email once you made your payment.

Privacy Policy: We use Google AdWords Remarketing, Facebook Ads Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.

©️ Copyright 2025. APPSNIAGA NETWORK. All Rights Reserved.

Pembayaran diuruskan oleh Billplz

 
Hotline :

+6011-30505070

Support Hours :

Isnin - Jumaat / 08.00 - 17.00

(Kecuali Cuti Umum)
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account